"Zaman Remaja"


              Zaman remaja adalah zaman paling mencabar kerana ia merupakan masa untuk menetukan hala tuju kita.Sebahagian besra masa depan kita sudah boleh ditentukan oleh zaman remaja yanag dilalui.Maksud saya,dari segi ketahanan fizikal dan mental ketika menghadapi serangan terhadap iman.

              Ramai orang berkata,iman ada di dalam hati.Maka,ramai jugalag orang yang tidak suka mempertikaikan penampilan,akhlak dan cara hidup mereka.Kata mereke "don't judge book from it cover".Kata mereka lagi,tidak semestinya mereka beriman sekiranya mereka mendedahkan aurat,beekelakuan tidak senonoh dan kurang beribadat.Yang penting,mereka sendiri tahu bahaw amereka orang yang beriman.

             Sedihnya Nabi Muhammad s.a.w melihat perilaku umatnya sebigini,yang begitu dangkal ilmunya tetapi berani mendabik dada sebagai orang beriman.Memang betul,iman tidak perlu ditunjuk-tunjuk tetapi jika benar seseorang itu beriman,dengan sendiri iman itu akan terpancar melalui tingkah laku,akhlak dan penampilanya.Bukan hendak menunjuk-nunjuk.

                Orang beriman tidak sesuke hati menjerumuskan diri ke dalam lembah maksiat.Membuang masa melakukan dosa ibarat membuat rancangan terpimpin untuk masuk ke neraka.Dosa yang kecil,jika dizalimi akan menjadi dosa yang besar akhirnya.Sedangkan dosa-dosa itu,samada kecil atau besar,akan menyusah diri di akhirat kelak.

               Mungkin ada yang menganggap berbuat baik itu adalah sia-sia kerana tidak mendapat mengecap balasan serta-merta sedangkan diri mempunyai aset yang sempurna.Wajah yang cantik boleh dugunakan untuk menggoda lelaki.Kawan yang ramai boleh ddigunakan dalam agendapergaulan bebas dan fizikal yang menarik digunakn untuk seks bebas.Kekayaan keluarga dipergunakan semahu-mahunya sehingga mengabaikan masa hadapan.Tidak perlu belajar,alasan diberi kononnya keluarga kaya dan telah tersedia pekerjaan nanti.

              Ingatlah.....berhibur dengan hiburan duniawi tidak kekal sifatnya.Lama-kelamaan pasti akan jemu ataupun tidak berasa puas.Ibaratnya,bak meneguk air di lautan luas.Semakin banyak semakin dahaga,kerana itulah sifat dunia.Semakin mendambakan,semakin memujanya,semakin mencintainya,semakinlah menjadi manusia haloba.Nikmat tidak pernah cukup,dunua semakin dikejar sedangkan syukur kepada Alllah semakin tertungggak dan tertangguh.

             Tidak terdetikkah di hati bahwa berhinbur denagn hiburan ukhrawi mampu menjadikan diri sebagai hamba yang solehah dan bertakwa.Ketahuilah....beribadat juga hibura.Malah,hiburan ini lebih bermanfaat untuk kehidupan duniawi dan ukhrawi.Jika akhirat yang kita cari,Insyallah dunia juga akan datang kepada kita.Mudah untuk dikatakan sebegini,jika kita hidup mendedikasikan kebaikan alam akhirat,maka kebaikan dunia juga kita dapat genggam.Itulah pakej lengkap yang telah dijanjika oleh Allah.

             Belajar dengan bersungguh-sungguh,mewmilih kawan yang baik,menetapkan matlamat hidup yang gemilang,inilah sewajarnya matlamat utama setiap remaja.Zaman remaja hendaklah ditempuh dengan sabar dan bermatlamat agar nanti mampu tersenyum manis ketika menemui hasilnya.

              Ingatlah...apa yang kita buat hari ini,kesannya akan dinikmati berpuluh-puluh thaun lagi.Jadi pilihlah umtuk usah sedikit hari ini agar bahagia di kemudia hari.Bentenglah diri sentiasa!Peliharalah kesucian diri sebaik-baiknya.Persembahkanlah diri yang terbaik buta bakal suami atau bakal isteri dan bukan mmemberi sepah kepadanya.Moga-moga rumah tangga yang dibina nanti menjadi mahligai yang paling indahdi atas dunia.Yang paling penting,ia kan menjadi jambatan terbentang menuju syurga yang abadi...