Sunday 4 December 2011

"Cinta"


              Manusia kurang memahami hakikat betapa suci dan bersihnya cinta.Sepatutnya cinta itu menhidupkan dan semakin mendekatkan manusia dgn Allah SWT.Bukan merosakkan jiwa dan menjauhkan diri daripada Pencipta.Sememangnya cinta di jalan yg diredhai Allah itu ade kesukaran nya.

               Ia sentiasa manis jika kita benar2 memahami akan manfaat dan kebaikannya.Lebih-lebih lagi apabila cinta itu menjemput kite ke syurga.Selain itu juga,manusia selalu silap dalam cinta.Mereka fikir cinta ini  hanyalah perasaan suke antara lelaki dan perempuan.

               Hakikatnya,cinta lebih besar  daripada itu.Cinta yang benar sepatutnya membina peribadi manusia.Menjadi lebih baik daripada dulu.Itulah cinta yang suci dan bersih,kerana cintanay berhubungan dengan Allah.

              Cinta sesama manusia belum tentu indah penghujungnya.Namun cinta kepada Allah,tidak pernah membawa padah.Maka sepatutnya kita merenung atas dasar apakah kita membina cinta itu?

1 comment:

  1. cintakan bunga, bungakan layu..
    cintakan manusia, manusiakan mati..
    cintakan Allah cinta yg abadi di bwh hingga ke syurga

    ReplyDelete